Tentang
NazmStudies
NazmStudies bermula daripada satu soalan mudah: mengapa sesuatu ayat Al-Quran disusun begini, dan bukan begitu? Nama 'nazm' merujuk kepada susunan dan pertautan kata, dan di situlah letaknya sebahagian besar keindahan serta makna Al-Quran.
Laman ini mengumpulkan dua jenis tulisan: artikel ilmiah tentang balaghah, nahu, dan ulum Al-Quran, serta bacaan santai yang lebih ringan untuk sesiapa yang ingin memahami cara Al-Quran menyampaikan maknanya.
Matlamatnya sederhana: membaca teori klasik ulama balaghah bersama pertanyaan pembaca hari ini, dan berkongsi hasilnya secara terbuka supaya keindahan susunan Al-Quran dapat dihampiri oleh sesiapa sahaja.
Garis masa penubuhan
Nota peribadi
Bermula sebagai koleksi nota peribadi tentang bahasa Arab dan al-Quran.
Arkib tersusun
Nota disusun menjadi artikel ilmiah dan bacaan santai yang boleh dikongsi.
Web dibangunkan
Laman NazmStudies direka dan dibina untuk menyusun serta memaparkan kandungan dengan kemas.
Dibuka untuk umum
Laman web NazmStudies.com dirasmikan dengan jayanya, bertujuan untuk berkongsi penulisan akademik kepada masyarakat umum.
Nilai teras
Ketepatan
Setiap analisis berpijak pada teks klasik dan rujukan yang boleh disemak.
Kejelasan
Ilmu balaghah dijelaskan dengan bahasa yang mudah, tanpa mengurangkan ketelitian.
Keterbukaan
Kajian dikongsi secara terbuka untuk umum, bukan terkurung dalam jurnal.